Is this real? I wonder if I really am in the real world?
2 years.
Yes, two years have ended. I don't know what's the feeling. Seriously.
Too many things that I want to write, that I want to capture here. But writing is not my stuff. I'm afraid I'll be hooked up here for hours, trying to find the best words to describe it all.
So, I'll just keep it myself and I'm just dropping by to say,
Thank you Allah for making me pass through all of it. You know my story. Only You.
And You, are the Best Keeper.
Isnin, 21 Mei 2012
Jumaat, 26 Jun 2009
Aku...
Bismillahirrahmanirrahim...
Mari kita mulakan dengan sesuatu yang mudah...Hmm, agak sukar bagiku di sini untuk mencoretkan pengalaman yang mungkin aku sendiri tidak akan pernah dapat merasainya lagi, ya mungkin kerana aku bukan seorang penulis dan untuk menulis secara 'formal' dengan penyusunan bahasa yang indah (maksudku, bukan bahasa caca-marba dan penulisan singkatan seperti perbualan seharian) amat sukar bagiku. Bagiku untuk menulis sesuatu yang fakta, mungkin tidak menjadi masalah. Dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia, aku mampu menulis lima hingga enam muka surat, entah dari mana datangnya idea!
Baiklah, mari kita mulakan dari awalnya. Mengapa aku menulis blog ini? Sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menulis sebuah blog. Bagiku sebelum ini, ia sesuatu yang membuang masa dan mungkin juga kerana aku tidak punya apa-apa untuk dikongsi. Dan kini aku punya sesuatu yang berharga untuk dikongsi, seperti yang kunyatakan di atas tadi; suatu pengalaman yang mungkin tidak akan pernah dapat kurasainya lagi (walaupun aku berharap dan berdoa supaya dimurahkan rezeki untuk menimba banyak pengalaman yang berharga lagi). Pertama sekali, aku seorang yang...tidak pandai menyampaikan/melahirkan/menzahirkan perasaanku melalui kata-kata? Mungkin juga begitu...Setiap kali ditanya tentang perasaanku dan diminta menceritakan pengalaman, aku seperti 'kaku' dan aku sendiri tertanya-tanya apakah perasaanku sewaktu menyaksikan pelancaran tersebut atau apa mungkin aku tidak mempunyai sebarang perasaan tentangnya? Ya, mungkin ia kedengaran aneh...Hmm..tetapi begitulah. Justeru itu, aku mengambil alternatif lain; kalau aku tidak mampu meluahkan melalui kata-kata, mungkin aku boleh coretkan pengalamanku melalui pena..atau lebih tepat lagi melalui papan kekunci!
Penulisanku di sini tidaklah begitu baik, kalau dilihat dari segi tatabahasanya, memang banyak yang salah, ya, fokusku di sini untuk menulis segala yang ada di dadaku, segalanya untuk dikongsi, dan mari kita lupakan soal bahasanya, dan ambil isinya!
Ya, kisah tentang pelancaran Measat3a dan kembaraku di Moscow dan Baikonur, bumi angkasawan!
Banyak yang ingin diceritakan di sini, dan aku akan berusaha untuk coretkan pengalamanku seminggu di sana dengan sebaik-baiknya..Catatan dan laman ini juga akan menjadi tatapan dan memori tentang segala kenangan yang kualami di sana agar ia tak luput begitu sahaja... Rencanaku, aku ingin meluangkan masa hanya sejam sehari untuk 'blogging', harus bijak menguruskan masa, tahun ini aku ada peperiksaan besar, SPM!
2.35pagi, 26 Jun 2009
Sehari selepas pulang.

Langgan:
Catatan (Atom)